Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang kemuncak Lions Asia Pasifik di Sibu dijangka himpun lebih 700 delegasi antarabangsa
  • TEMPATAN

Sidang kemuncak Lions Asia Pasifik di Sibu dijangka himpun lebih 700 delegasi antarabangsa

Utusan Sarawak 3 hours ago
KUNJUNGAN HORMAT…Betty (enam kiri) mengetuai jawatankuasa penganjur mengadakan kunjungan hormat ke atas Ting (lapan kanan) bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama pihak majlis.

SIBU: Lebih 700 pemimpin Lions dari 17 negara dan wilayah dijangka berhimpun di Sibu sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Lions Asia Pasifik selama tiga hari di Hotel Kingwood, di sini bermula 17 hingga 19 Julai ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Lions International District 308-A2.

Presiden Lions International, Mark S. Lyon dari Amerika Syarikat, yang mengetuai kira-kira 1.4 juta ahli di seluruh dunia, dijadualkan menghadiri sidang kemuncak tersebut bersama isterinya.

Setakat ini, lebih 600 peserta telah berdaftar melibatkan negara seperti Amerika Syarikat, China, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Filipina, Indonesia, Jepun, Kemboja, Singapura, Brunei, Mongolia, Bhutan, wilayah Guam, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Pengerusi penganjur, Dato’ Betty Wong berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran antara 700 hingga 750 peserta, dengan jumlah penyertaan dihadkan kepada 750 orang bagi memastikan kelancaran program.

Beliau berkata, antara acara kemuncak ialah ‘Red Carpet Star Walk of Fame’, yang menampilkan pemimpin Lions mengenakan pakaian kebangsaan atau tradisional masing-masing sebagai simbol kepelbagaian budaya rantau Asia Pasifik.

Sebagai persiapan, jawatankuasa penganjur turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama pihak majlis.

Sementara itu, Ting menyifatkan pemilihan Sibu sebagai tuan rumah acara antarabangsa berprestij itu sebagai satu pengiktirafan penting kepada bandar berkenaan.

Beliau turut memuji usaha Lions International District 308-A2 dan komuniti Lions tempatan dalam merealisasikan penganjuran sidang kemuncak tersebut.

“Tahun ini amat bermakna apabila Sibu berpeluang menjadi tuan rumah kepada pemimpin Lions dari pelbagai negara, sekali gus membuka ruang kepada pengukuhan jaringan antarabangsa dan kerjasama masa depan,” katanya

Menurutnya, meskipun Sibu bukan bandar besar, ia terkenal dengan keramahan penduduk dan suasana mesra yang mampu memberikan pengalaman berharga kepada para delegasi.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Sarawak tuan rumah APRC 2028, perkukuh peranan tangani tuberkulosis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.