Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad 
  • SEMASA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad 

Utusan Sarawak 3 months ago

Roland Sagah (tengah) merakamkan gambar bersama para pemenang sempena majlis pelancaran Makeramai Makerspace dan majlis penutupan Sarawak Digital STEM Demo Day

KUCHING: Sarawak berhasrat membida sebagai tuan rumah World Robot Olympiad (WRO) tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata ia selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Pelancaran Makeramai Makerspace hari ini adalah langkah penting ke arah membentuk ekosistem digital yang dinamik dan inklusif. Ia adalah ruang untuk pelajar, penyelidik dan usahawan memanfaatkan teknologi inovatif, berkolaborasi merentas disiplin dan menukarkan idea kepada penyelesaian yang memberi impak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Makeramai Makerspace dan majlis penutupan Sarawak Digital STEM Demo Day di sini hari ini.

Sagah berkata Pusat Sains Sarawak yang akan dibuka tahun depan, turut berfungsi sebagai hab penerokaan saintifik, yang menampilkan pameran interaktif dan pelbagai kemudahan.

Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dalam kenyataan memaklumkan Makeramai Makerspace menyediakan pelbagai kemudahan pembuatan termasuk makmal elektronik, reka bentuk dan multimedia.

Ia adalah hab komuniti yang bertujuan menyokong ekosistem pembuatan yang semakin berkembang di Sarawak.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tindakan terhadap peniaga, penerima SKAS jika beri wang tunai
Next: Sarawak kemuka permohonan rasmi tambah pusat pemulihan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.