Sarawak galak penglibatan guru STEM melalui insentif ICT dan pengekodan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn (tengah) menyampaikan insentif ICT kepada salah seorang guru pada program Pemangkin STEM 2026 di SMK Padawan, hari ini. Foto Adele Rissa 

PADAWAN: Kerajaan Sarawak menyediakan insentif kepada guru yang aktif dalam pengajaran ICT, pengekodan dan program berkaitan STEM sebagai usaha memperkukuh penglibatan tenaga pengajar dalam pendidikan berasaskan teknologi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, guru memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan STEM di peringkat sekolah.

“Kami juga memberikan sedikit insentif kepada guru-guru yang aktif membantu dalam pembelajaran ICT, pengekodan (coding) serta semua perkara yang berkaitan dengan program STEM. Bagi kami, ini adalah antara teras utama MEITD,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pemangkin STEM 2026 di SMK Padawan, di sini hari ini.

DATO Sri Roland Sagah Wee Inn tiba di SMK Padawan untuk perasmian program Pemangkin STEM 2026, hari ini. Foto Adele Rissa 

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada guru, malah menggalakkan lebih ramai pendidik terlibat dalam pendidikan berasaskan teknologi.

Katanya, usaha tersebut selaras dengan agenda negeri untuk melahirkan generasi celik digital dan berkemahiran tinggi pada masa depan.

Oleh Adele Rissa