Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak catat hasil pelancongan RM7.33 bilion setakat Julai tahun ini
  • BISNES

Sarawak catat hasil pelancongan RM7.33 bilion setakat Julai tahun ini

Utusan Sarawak 9 months ago
SIDANG media bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tengah), Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datu Sherrina Hussaini (kiri) dan Residen Sarikei Michael Ronnie Langgong (kanan). 

SARIKEI: Sarawak merekodkan seramai 2.8 juta kemasukan pelancong bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, bagi tempoh yang sama tahun lalu, jumlah kemasukan pelancong adalah seramai 2.2 juta dengan hasil pelancongan sebanyak RM5.76 bilion.

“Tetapi untuk Januari hingga Julai 2024, hasil pelancongan adalah sebanyak RM7.33 bilion, meningkat sebanyak 27.11 peratus. 

“Tahun ini, kementerian kita menyasarkan kira-kira empat juta pelancong datang melawat Sarawak. 

“Sehingga Julai 2024, Sarawak telah menerima seramai 2,838,572 pelancong…kita menjangka akan menerima jumlah empat juta pelancong menjelang akhir September atau Oktober 2024,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Sarawak (STTC) kali ke-2, bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Residen Sarikei, hari ini. 

Katanya, setiap bulan secara purata seramai 400,000 pelancong melawat ke Sarawak. 

“Bagi Ogos 2024, kita menjangkan lebih ramai lagi pelancong datang ke Sarawak kerana Sukan Malaysia (SUKMA)…ramai atlet datang ke Sarawak iaitu 12,000 orang serta pegawai dan penyokong. 

“Oktober juga merupakan bulan yang sibuk di Sarawak kerana kita ada Regata Sarawak dan Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak…dan juga ‘Walkabout Kuching’ pada November 2024. 

“Kita berharap dan berdoa akan menerima kehadiran pelancong ke Sarawak seramai lima juta pada tahun ini…berbanding jumlah pelancong ke Sarawak paling ramai pada 2019 iaitu seramai 4.66 juta,” katanya. 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datu Sherrina Hussaini dan Residen Sarikei Michael Ronnie Langgong. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Bank Rakyat perjelas kemungkinan ketirisan data, beri jaminan keadaan terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.