Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak catat kematian ke-10
  • TEMPATAN

Sarawak catat kematian ke-10

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Sarawak mencatatkan kematian kesepuluh akibat Covid-19 dan merekodkan 15 kes positif baharu, semalam.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tambahan seorang lagi kematian semalam adalah dari Hospital Umum Sarawak.

“Mangsa kematian kesepuluh merupakan seorang lelaki berumur 56 tahun dari Kampung Demak Baru, Kuching.

“Kes telah dimasukkan di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac yang lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 1 April dan meninggal pada 3 April jam 4.16 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, semalam.

Berdasarkan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Kuala Lumpur semalam, kes kematian mangsa adalah ke-56 (kes ke-2850) negara dan mempunyai latar belakang sakit jantung serta mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1031.

Menurut Abdul Karim, 15 kes baharu positif Covid-19 turut direkodkan semalam dan semua kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 254 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.

“Sementara itu, sebanyak 70 kes baharu orang yang disyaki (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,579 kes.

“Daripada jumlah itu, 1,135 kes adalah negatif dan 190 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

“Bagi PUI baharu, daerah Kuching mencatatkan 44 kes dan dua kes adalah yang telah disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan 42 kes lagi daripada HUS,” jelasnya. Mengikut pecahan daerah, Abdul Karim berkata Miri mencatatkan 11 kes PUI, Serian (8), Samarahan (5), Sri Aman dan Bintulu masing-masing satu kes.

Continue Reading

Previous: Setengah jam pujuk gelandangan merajuk
Next: Ahmad Johnie hulurkan sumbangan kepada Hospital Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.