Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak cadang bangunkan DeepSar, model AI sendiri – Abang Johari   
  • SEMASA

Sarawak cadang bangunkan DeepSar, model AI sendiri – Abang Johari   

Utusan Sarawak 3 months ago
PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengaul ‘yee sang’ ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Tahun Baharu Cina anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA), malam tadi. Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. FotoBERNAMA

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi negeri itu yang dapat menggabungkan pelbagai data tempatan untuk dikongsi secara global.

Mencadangkan model kecerdasan buatan (AI) itu sebagai DeepSar, Abang Johari berkata, beliau mendapat inspirasi daripada kejayaan seorang jurutera dari China, Liang Wenfeng yang mengasaskan DeepSeek, model AI yang mampu menyaingi model yang dibangunkan di Amerika Syarikat.

“Saya berharap (satu hari nanti) kita akan mempunyai DeepSar yang dibangunkan oleh rakyat Sarawak, dengan kandungan unik mengenai Sarawak dan memudahkan perbualan digital antara rakyat Sarawak dengan dunia,” katanya.

Bercakap pada majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di sini pada Jumaat, beliau berkata kerajaan Sarawak kini menggalakkan pembangunan reka bentuk mikrocip – komponen utama dalam pemindahan data.

“Data hanya boleh dihantar melalui cip, cip ibarat darah dalam badan kita dan ia memacu anda,” katanya.

Abang Johari berkata, platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak, justeru beliau menugaskan syarikat penyedia penyelesaian sistem ICT milik kerajaan, SAINS Sdn Bhd, untuk mengumpulkan data berkaitan.

Beliau berkata sebagai hab dunia bagi hutan hujan dan biodiversiti, Sarawak dapat berkongsi maklumat pada peringkat antarabangsa dan langkah ini dapat mewujudkan peluang ekonomi baharu untuk negeri berkenaan.

“Kita boleh berkongsi pandangan dengan dunia mengenai ekonomi sumber biodiversiti. Apabila maklumat ini dimuat turun, ia bukan percuma. Lapan bilion orang boleh mengakses maklumat itu dan kita juga perlu mendapatkan paten dan hak terhadap sumber biodiversiti kita,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari yang juga Pengerusi SMA menzahirkan penghargaan kepada Pengurus Besar SMA Datuk Anderson Tiong Ing Heng dan pasukannya kerana bekerjasama dengan agensi lain untuk mempertingkatkan infrastruktur telekomunikasi dan rangkaian Sarawak.

Beliau berkata infrastruktur ini penting untuk negeri maju dengan agenda ekonomi dan sosial. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar 
Next: ‘Pengalaman pertama saya naik helikopter, saya langsung tak menjangka’ – Syafinaz Deng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.