Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak bincang hala tuju EV, bahan api hidrogen
  • TEMPATAN

Sarawak bincang hala tuju EV, bahan api hidrogen

Utusan Sarawak 3 years ago

SEKITAR kunjungan hormat pengurusan tertinggi Element 25 Limited, Australia kepada Datuk Amar Awang
Tengah Ali Hasan, semalam.

KUCHING: Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi Element 25 Limited, Australia di pejabatnya di sini, semalam.

Kunjungan diketuai Pengarah Urusan Element 25 Limited, Justin Brown dan Pengurus Pembangunan Element 25 Limited, Neil Graham bertujuan menjalinkan kerjasama strategik antara Malaysia dan Sarawak amnya bersama Australia.

Ketika kunjungan tersebut, Elemen 25 berminat untuk melabur dalam pengeluaran mangan sulfat ketulenan tinggi untuk bateri litium-ion dan sedang melawat Sarawak untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi projek itu. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, Sarawak turut berminat dalam sektor ekosistem kenderaan elektrik (EV) yang mana sudah ada pengeluar ‘copperfoil’ yang beroperasi di Kuching setakat ini.

Selain itu, kerajaan juga sedang berbincang dengan beberapa pelabur yang berminat untuk mengeluarkan bahan api hidrogen di Sarawak bagi memanfaatkan ketersediaan tenaga elektrik hijau.

“Jenis aktiviti pembuatan ini adalah selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) yang bertujuan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

“Ia juga bertujuan memulihakan ekonomi negeri, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar untuk dinikmati oleh semua masyarakat,” kata kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Alexander adakan sesi walkabout PJM
Next: Sayd’Signers platform promosi produk warisan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.