Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
  • BISNES

Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.

Lesen bertempoh 30 tahun itu berkuat kuasa kelmarin, 5 Februari, dengan yuran tahunan sebanyak RM300,000.

Lesen tersebut akan memberikan hak-hak seperti perancangan, pembinaan, pemasangan, penggunaan, pengendalian selain menyelenggara sistem fotovoltan solar (PV) untuk penjanaan tenaga solar dalam kawasan seluas 3,000 ekar di daerah Salak, Kuching.

“Ini juga meliputi penghantaran serta pengedaran tenaga elektrik termasuk talian, menara dan pencawang kepada pengguna bukan domestik di bawah lesen berkenaan,” katanya lagi.

“Ia turut merangkumi pemasangan loji tenaga 300 megawatt, sistem modul solar PV, unit berasaskan penyongsang, pencawang pengubah dan kerja-kerja elektrik untuk menjana serta membekalkan tenaga solar kepada pengguna bukan domestik di kawasan yang dijadualkan,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Next: ‘Green Halal’, pencetus perubahan pertumbuhan perniagaan – Alliance Islamic Bank

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.