Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak berada pada landasan betul
  • TEMPATAN

Sarawak berada pada landasan betul

Utusan Sarawak 5 years ago
ADUN Batu Kawah, Sim Kui Hian

KUCHING: Hampir RM10 bilion bajet yang diperoleh Sarawak untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah, Dato Sri Sim Kui Hian, ini kali kedua Sarawak menerima bajet yang besar dan sebelum 2016, bajet kekal tidak melebihi RM6 bilion.

Katanya, semenjak Ketua Menteri Sarawak, Datu Patinggi Abang Johari Abang Openg mengambil alih, Sarawak menerima bajet yang besar.

Bajet yang dibentangkan kali ini merangkumi semua projek pembangunan kawasan bandar dan luar bandar.

“Bajet dibentangkan oleh Ketua Menteri ini akan membantu meringankan beban rakyat di mana kita sedang menghadapi cabaran yang seluruh dunia lalui iaitu Covid-19.

“Ketika pemerintahan Pakatan Harapan, kita tidak disediakan dana yang banyak dan banyak projek dibatalkan,” jelasnya, dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Dengan bajet yang besar ini, pelbagai kemudahan infrastruktur dapat dibina.

“Untuk pembangunan bandar termasuk isu trafik di kuching, pembinaan rumah mampu milik, skim pembelian dan penyewaan rumah, insuran kesihatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah diharap dapat mengurangkan beban rakyat di kawasan bandar.

“Sarawak pada dasarnya berada di landasan yang betul untuk terus mempunyai menghasilkan pendapatan yang lebih besar supaya kita tidak lagi bergantung dengan bajet nasional.

“Dijangka menjelang 2023 hingga 2025, pendapatan Sarawak akan meningkat kepada RM 5 billion hingga ke RM10 billion,” tambahnya.

Continue Reading

Previous: Belanjawan Sarawak 2021 adalah prihatin
Next: Rakyat harus berfikiran rasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.