Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak bangun taman industri perabot, tarik pelaburan bahar
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak bangun taman industri perabot, tarik pelaburan bahar

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah berkata taman industri akan dibangunkan di Sarawak bagi meningkatkan pertumbuhan sektor hiliran berasaskan kayu.

PETRA JAYA: Sarawak mempergiat usaha menarik pelaburan baharu dalam sektor perkayuan menerusi pembangunan taman industri perabot serta pemerkasaan Tanjung Manis sebagai hab industri strategik negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif yang diterajui Perbadanan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA) itu akan menjadi pemangkin kepada transformasi industri perabot tempatan yang ketika ini masih banyak beroperasi secara kecil-kecilan.

Menurut beliau, taman industri berkenaan akan dibangunkan dengan kemudahan lengkap bagi memenuhi keperluan pelabur, sekali gus mewujudkan ekosistem kondusif untuk pertumbuhan sektor hiliran berasaskan kayu.

“Pada masa ini, industri perabot di Sarawak tidak begitu berkembang. Sebelum ini, industri perabot hanya dijalankan sebagai perniagaan keluarga.

“Jadi, kita tidak mahu keadaan ini berterusan. Kita mempunyai banyak bahan dan sumber. Oleh itu, kita membangunkan taman perabot ini untuk menarik pelaburan serta meningkatkan industri perabot,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSAKA 2026 di Wisma Sumber Alam hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSAKA 2026 di Wisma Sumber Alam di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Sarawak kini memberi penekanan kepada pembangunan produk bernilai tinggi termasuk kayu terolah dan perabot, berbanding hanya mengeksport bahan mentah.

Katanya, pendekatan itu melibatkan pengembangan aktiviti hiliran termasuk memanfaatkan sisa kayu untuk dijadikan produk seperti palet, selain menyokong pembangunan tenaga berasaskan biodiversiti.

“Kita menumpukan kepada pelbagai pembangunan untuk industri hiliran bagi menghasilkan produk dengan nilai tinggi.

“Salah satu daripadanya ialah kayu terolah dan juga perabot. Contohnya daripada sisa kayu kita boleh bangunkan sebagai palet, dan ini penting untuk menyokong pembangunan tenaga berasaskan biodiversiti,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pembangunan taman industri perabot tersebut telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tapak telah dikenal pasti dan kini menunggu peruntukan bagi pelaksanaannya.

Tambah beliau, potensi bahan alternatif seperti buluh juga akan diteroka bagi memperluas kapasiti industri perabot negeri.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gastronomi pemangkin pelancongan, wadah satukan budaya
Next: MPS, MDLBS kini membuka pengambilan ahli Majlis Kanak-Kanak Sibu bagi penggal 2026–2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.