Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gastronomi pemangkin pelancongan, wadah satukan budaya
  • Utara
  • WILAYAH

Gastronomi pemangkin pelancongan, wadah satukan budaya

Utusan Sarawak 4 hours ago
STEVEN Kong mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing berucap pada majlis Penganugerahan Pertandingan GCCM Ke-5 2026 di Bintulu.

BINTULU: Sektor gastronomi terus dilihat sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh industri pelancongan negara, selari dengan perubahan tren pelancongan yang kini lebih cenderung kepada pengalaman makanan tempatan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing berkata, makanan kini memainkan peranan besar dalam membentuk identiti sesuatu destinasi serta meninggalkan pengalaman yang lebih bermakna kepada pelancong.

Menurutnya, pelancongan masa kini tidak lagi tertumpu kepada tarikan destinasi semata-mata, sebaliknya semakin ramai pelancong hadir untuk menikmati pengalaman gastronomi tempatan. 

“Sesuatu hidangan yang istimewa mampu meninggalkan kesan lebih mendalam berbanding sesebuah lokasi.

“Kelebihan Malaysia terletak pada kepelbagaian budaya dan warisan makanan. 

“Negara ini bukan sahaja kaya dengan tradisi kulinari pelbagai kaum, malah setiap negeri, bandar dan kawasan mempunyai identiti rasa serta budaya tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada beliau, Steven Kong Kai Seng Majlis Penganugerahan Pertandingan Cabaran Kulinari Global Malaysia (GCCM) Ke-5 2026 di Hotel Imperial di sini, semalam.

STEVEN Kong menerima cenderamata sebagai simbol penghargaan pada majlis Penganugerahan Pertandingan GCCM Ke-5 2026 di Bintulu.

Mengulas lanjut, Tiong berkata, penganjuran pertandingan kulinari bukan sahaja menjadi platform mempamerkan kemahiran, malah berfungsi sebagai wadah memperkukuh hubungan dan pertukaran budaya antara peserta dari pelbagai wilayah.

“Penyertaan cef dari pelbagai wilayah dalam pertandingan ini membuktikan bahawa penganjurannya bukan sekadar medan pertukaran kemahiran kulinari, sebaliknya menjadi platform merentas wilayah dalam memperkukuh pertukaran budaya serta mempertemukan kepelbagaian cita rasa dan latar belakang.

“Penganjuran edisi kali ini yang julung kali diadakan di Malaysia Timur, khususnya di Bintulu, turut membawa signifikan tersendiri memandangkan wilayah ini memiliki sistem makanan dan latar budaya yang berbeza berbanding Semenanjung, dengan kepelbagaian yang terserlah daripada aspek bahan mentah hingga kaedah penyediaan makanan,” katanya.

PESERTA dari dalam dan luar negara bergambar bersama trofi selepas berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan GCCM 2026 di Bintulu.

Menurut beliau, kepelbagaian tersebut bukan sahaja memperkaya landskap gastronomi negara, malah membuka peluang lebih luas dalam pembangunan pelancongan berasaskan makanan.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari di Dewan Suarah Bintulu itu menghimpunkan cef dari pelbagai wilayah dan negara, sekali gus menjadi platform memperkukuh jaringan industri kulinari dan mempromosikan keunikan makanan tempatan ke peringkat antarabangsa. 

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Khemah jadi rumah terbuka, tradisi raya sebulan Sarawak tampil unik
Next: Sarawak bangun taman industri perabot, tarik pelaburan bahar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.