Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak bakal miliki stesen televisyen sendiri
  • TEMPATAN

Sarawak bakal miliki stesen televisyen sendiri

Utusan Sarawak 5 years ago
LAFAZ IKRAR… Abang Johari Tun Openg mengikuti upacara bacaan lafaz ikrar Parti PBB.

SIBU: Sarawak bakal mempunyai stesen televisyen sendiri apabila TV Sarawak bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tarikh tersebut dipilih sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, dengan adanya Stesen TV Sarawak ini nanti, semua kebudayaan dan kesenian yang ada di Sarawak dapat dipamerkan kepada orang luar.

“Kita akan ada program kita sendiri yang mempamerkan kebudayan kita. Pelbagai keunikan Sarawak seperti pua kumbu dapat ditunjukkan kepada seluruh dunia.

“Orang kita memiliki bakatnya tersendiri dan dunia akan mengenali Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah 2020, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia merangkap Setiausaha Agung Parti PBB Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen Khas Parti PBB Sarawak Zon Sibu, Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom serta yang lain.

Menurut Abang Johari, masyarakat boleh mengikuti siaran TV Sarawak di saluran Astro 122.

“Ini menjadikan Sarawak negeri pertama yang memiliki stesen tv.

“Kita akan ada program kita sendiri yang mempamerkan kebudayan kita.

“Dengan adanya Stesen TV Sarawak ini, kita akan dapat menyediakan platform untuk peminat industri kreatif kita mempamerkan dan hasil karya mereka,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Konvensyen Khas PBB rapatkan barisan ahli parti, GPS
Next: RM1.8 juta diperuntukkan untuk kebajikan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.