Sarawak akan keluarkan kenyataan maklum balas berkaitan Petronas, Petros

Facebook
WhatsApp

KOTA SAMARAHAN: Sarawak akan mengeluarkan kenyataan maklum balas terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan hak pengedaran gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, maklum balas ini melalui kenyataan rasmi, hari ini.

“Anda hanya perlu tunggu kenyataan daripada saya petang nanti,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Pusat Kesihatan Prima, Hospital Pengajar UNIMAS di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menyatakan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 74) terus diterima sebagai rangka kerja utama pengurusan industri minyak dan gas negara.

Selain itu, katanya, Ordinan Pengedaran Gas Sarawak 2016 juga tidak akan menggantikan PDA 74 dan Perlembagaan Persekutuan, termasuk undang-undang persekutuan lain.

“Perkara itu diputuskan selepas kerajaan Pusat mengadakan sesi libat urus dengan Petronas, kerajaan Sarawak dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk membincangkan isu terbabit sambil menegaskan bahawa ia bukan isu dasar,” katanya.

Oleh Noor Ikmal

IPU Serian meningkat, Lundu catat 285

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak terus meningkat setakat 4.00 petang hari ini berbanding 12.00 tengah