Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SAR Law Ching Sing masuk hari ketiga, teknologi dron digunakan perluas pencarian
  • Selatan
  • WILAYAH

SAR Law Ching Sing masuk hari ketiga, teknologi dron digunakan perluas pencarian

Utusan Sarawak 11 hours ago

USAHA mengesan kanak-kanak hilang, Law Ching Sing, 12, diteruskan memasuki hari ketiga, hari ini. Foto: Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman

SIMANGGANG: Usaha mengesan kanak-kanak hilang, Law Ching Sing, 12, diteruskan memasuki hari ketiga dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipertingkatkan termasuk penggunaan teknologi dron bagi memperluas liputan pencarian.

Tumpuan utama pasukan SAR masih tertumpu di sekitar radius kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman serta kawasan hutan dan perumahan berhampiran yang dikenal pasti sebagai lokasi terakhir mangsa dilihat.

Menurut kenyataan media daripada Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, penggunaan dron dilaksanakan bagi membantu pasukan mencari mendapatkan gambaran udara yang lebih menyeluruh, khususnya di kawasan yang sukar diakses melalui jalan darat.


USAHA mengesan kanak-kanak hilang, Law Ching Sing, 12, diteruskan memasuki hari ketiga, hari ini. Foto: Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman

Teknologi tersebut membolehkan pemetaan kawasan dilakukan dengan lebih pantas selain meninjau lokasi berisiko seperti kawasan paya, belukar tebal serta bumbung bangunan tinggi di sekitar premis sekolah.

Pada masa sama, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memberikan komitmen penuh dalam operasi ini dengan anggota ditempatkan di lokasi bagi memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindakan pasukan SAR.

Penggunaan dron juga dilihat sebagai langkah strategik untuk meneliti zon terlindung yang sebelum ini sukar diperiksa secara manual, sekali gus meningkatkan keberkesanan operasi pencarian.

Pihak berkuasa turut menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama dengan tidak mengganggu operasi, khususnya ketika dron sedang digunakan di kawasan pencarian.

Selain itu, masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan serta mengganggu fokus pasukan penyelamat.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan mangsa diminta tampil membantu dengan menghubungi Sarjan Suzy selaku pegawai penyiasat di talian 011-14037375 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman di talian 083-322035 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, seorang murid lelaki berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman, sekitar 8.40 pagi, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam menegaskan bahawa pihak sekolah telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejurus kehilangan itu disedari.

Murid berkenaan dikenali sebagai Law Ching Sing dan berada di bawah jagaan JKM serta sepatutnya hadir ke sekolah bagi proses pendaftaran kemasukan baharu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program kesedaran masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah dan buli diadakan di Bau
Next: APM Saratok selamatkan anak anjing terperangkap dalam lubang tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.