Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sangkar buaya bantu tangani konflik manusia-hidupan liar di Kuala Baram
  • WILAYAH

Sangkar buaya bantu tangani konflik manusia-hidupan liar di Kuala Baram

Utusan Sarawak 4 hours ago
SATU inisiatif keselamatan hidupan liar dilaksanakan di Kuala Baram apabila dua unit sangkar buaya disediakan sebagai langkah proaktif dalam menangani konflik antara manusia dan hidupan liar di Kuala Baram, hari ini. Foto SFC

MIRI: Satu inisiatif keselamatan hidupan liar dilaksanakan di Kuala Baram apabila dua unit sangkar buaya disediakan sebagai langkah proaktif dalam menangani konflik antara manusia dan hidupan liar di kawasan berkenaan, hari ini.

Kemudahan tersebut disediakan hasil kerjasama Rimbun Prima Sdn Bhd bersama Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) di tapak Projek RCJV Kuala Baram, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk serta nelayan yang berdepan risiko kehadiran buaya.

Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Abang Arabi Abang Aimran berkata penyediaan sangkar berkenaan bukan sekadar aset fizikal, sebaliknya berperanan memberi ketenangan kepada komuniti setempat selain meningkatkan tahap keselamatan pekerja di kawasan projek.

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan pihak industri terhadap keselamatan warga kerja dan masyarakat setempat agar mereka dapat menjalankan aktiviti harian tanpa rasa bimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) SFC, Japanie Bujang.

 SATU inisiatif keselamatan hidupan liar dilaksanakan di Kuala Baram apabila dua unit sangkar buaya disediakan sebagai langkah proaktif dalam menangani konflik antara manusia dan hidupan liar di Kuala Baram, hari ini. Foto SFC

Tambahnya, usaha tersebut juga menjadi contoh kerjasama strategik antara sektor industri dan agensi berkaitan dalam memastikan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan seiring dengan pemuliharaan alam sekitar.

Dalam pada itu, SFC menegaskan komitmennya sebagai rakan strategik yang mengamalkan pendekatan saintifik bagi menjamin keselamatan komuniti serta kelestarian hidupan liar di negeri ini.

Inisiatif tersebut diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak pihak industri di Sarawak untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kebajikan masyarakat dan alam sekitar.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masjid Daerah Kecil Debak kini dinamakan Masjid Al-Azim
Next: Agropark Lubok Tamang pemangkin ekonomi baharu Saribas – Razi Sitam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.