Masjid Daerah Kecil Debak kini dinamakan Masjid Al-Azim

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan di Masjid Al-Azim, hari ini. Foto UKAS

BETONG: Masjid Daerah Kecil Debak kini secara rasmi dinamakan sebagai Masjid Al-Azim sekali gus menjadi mercu tanda baharu bagi komuniti Islam di kawasan tersebut.

Simbolik pemasyhuran nama masjid itu telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena perasmian masjid baharu berkenaan hari ini.

“Saya dengan ikhlasnya merasmikan Masjid Al-Azim, Debak, Betong,” katanya.

MASJID Daerah Kecil Debak kini secara rasmi dinamakan sebagai Masjid Al-Azim. Foto UKAS

Masjid berkenaan dibina di atas tapak seluas 2.98 ekar dengan kos keseluruhan sebanyak RM12 juta melalui Dana Khas Sarawak (SDAF) di bawah Premier Sarawak.

Projek pembinaan tersebut merupakan hasil inisiatif serta usaha Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Pembinaan masjid itu dilaksanakan oleh Majlis Islam Sarawak bermula 20 Disember 2023 dan siap sepenuhnya pada 25 November 2025.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat yang lain dan jemaah setempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azim, hari ini. Foto UKAS

Masjid Al-Azim kini berfungsi sebagai pusat ibadah yang lebih selesa, di samping menjadi pemangkin kepada pengukuhan ukhuwah serta pembangunan ummah di Debak.

Terdahulu, Premier Sarawak bersama dif-dif kenamaan turut menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam dan dif-dif kehormat lain.

MBSA adakan lawatan penanda aras ke DBKU

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini menerima lawatan penanda aras daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diketuai Penolong