Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agropark Lubok Tamang pemangkin ekonomi baharu Saribas – Razi Sitam
  • WILAYAH

Agropark Lubok Tamang pemangkin ekonomi baharu Saribas – Razi Sitam

Utusan Sarawak 5 hours ago
 MAJLIS Perasmian Jalan Lubok Tamang dan Majlis Rakyat bersama Pemimpin di Riveria Sport Centre Debak yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini. Foto ADUN Saribas

DEBAK: Projek Agropark Lubok Tamang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas bakal menjadi pemangkin baharu pembangunan ekonomi luar bandar selepas mendapat kelulusan kerajaan Sarawak sekali gus membuka lembaran baharu dalam sektor pertanian moden di kawasan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas persetujuan dan sokongan terhadap cadangan projek tersebut yang disifatkan amat penting untuk pembangunan Saribas.

Menurut beliau, kelulusan itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa sektor pertanian sebagai antara teras utama pembangunan ekonomi luar bandar.

Katanya, projek Agropark Lubok Tamang bukan sahaja akan meningkatkan hasil pertanian, malah berpotensi menjadikan Saribas sebagai pusat pengeluaran tanaman kelapa dan tanaman komersial lain yang berdaya saing di peringkat eksport.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jalan Lubok Tamang dan Majlis Rakyat bersama Pemimpin yang berlangsung di Riveria Sport Centre Debak, yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, hari ini.

MAJLIS Perasmian Jalan Lubok Tamang dan Majlis Rakyat bersama Pemimpin di Riveria Sport Centre Debak yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini. Foto ADUN Saribas

Dalam pada itu, Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menjelaskan bahawa pembinaan Jalan Lubok Tamang telah membawa perubahan ketara kepada kehidupan penduduk setempat dengan membuka akses lebih mudah ke kawasan Debak, Spaoh dan Pusa.

Jalan tersebut kini menjadi nadi penghubung utama kepada beberapa kampung termasuk Kampung Serembang, Kampung Manggut, Kampung Tuie, Kampung Supa, Kampung Medang dan Kampung Serabang.

Tambah beliau, kemudahan infrastruktur itu telah merapatkan jurang antara kampung serta memudahkan penduduk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di pekan berdekatan.

Kesan positif turut dilihat dalam sektor ekonomi apabila aktiviti perniagaan semakin rancak, sekali gus meningkatkan pendapatan peniaga dan peruncit tempatan.

Menurutnya, kehadiran lebih ramai pengunjung ke pekan Debak sejak pembinaan jalan tersebut telah membuka peluang perniagaan baharu serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Dalam masa sama, Razi menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur seperti jalan raya turut menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor pertanian di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi pelaksana iaitu Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dapat mempercepatkan pelaksanaan projek Agropark Lubok Tamang agar manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat dalam tempoh terdekat.

Projek Jalan Lubok Tamang yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di bawah Program Projek Rakyat itu bernilai RM34.9 juta, bermula pada Februari 2019 dan siap sepenuhnya pada April 2023, sekali gus menjadi asas penting kepada pembangunan agropark berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sangkar buaya bantu tangani konflik manusia-hidupan liar di Kuala Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.