Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Samsung Galaxy Z Fold2 akan berada di pasaran
  • BISNES

Samsung Galaxy Z Fold2 akan berada di pasaran

Utusan Sarawak 5 years ago
“Galaxy Z Fold2 didatangkan dengan dua sisi-ke-sisi paparan infiniti -O. Skrin penutup berukuran 6.2 inci manakala skrin utama bersaiz 7.6 inci, menjadikan kedua-duanya lebih lebar berbanding Galaxy Fold sebelumnya akan berada di pasaran Malaysia mulai 25 September pada harga runcit RM7,999.” – Samsung Malaysia Electronics (SME)

KUALA LUMPUR: Peranti boleh lipat generasi ketiga Samsung, Samsung Galaxy Z Fold2 akan berada di pasaran Malaysia mulai 25 September pada harga runcit RM7,999.

Dalam satu kenyataan semalam, Samsung Malaysia Electronics (SME) berkata, pesanan awal bagi Galaxy Z Fold2 akan bermula dari 11 hingga 24 September 2020 di Samsung Experience Stores terpilih atau di e-gedung Samsung Malaysia di https://samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold2/ .

Pelanggan yang membeli Galaxy Z Fold2 dalam tempoh ini layak mendapat sepasang Galaxy Buds Live bernilai RM699 dan pemegang kad Montblanc.

Peranti boleh lipat terbaharu keluaran Samsung ini menggabungkan kemudahalihan dan fleksibiliti telefon pintar dengan kekuatan serta saiz skrin tablet untuk kegunaan maksimum dan meningkatkan lagi pengalaman pengguna.

“Galaxy Z Fold2 didatangkan dengan dua sisi-ke-sisi paparan infiniti -O. Skrin penutup berukuran 6.2 inci manakala skrin utama bersaiz 7.6 inci, menjadikan kedua-duanya lebih lebar berbanding Galaxy Fold sebelumnya,” kata SME.

Menerusi paparan aplikasi yang dioptimumkan ini, ia dapat membantu meningkatkan produktiviti pengguna dengan menambahbaik pengalaman menonton aplikasi kegemaran mereka termasuk Gmail, YouTube dan Spotify.

Di samping itu, kerjasama Samsung dengan Google dan Microsoft telah mewujudkan satu ekosistem terbuka dalam peranti lipat untuk membolehkan pengguna memaksimumkan produktiviti mereka dalam persekitaran mudah alih.

Galaxy Z Fold2 terbaharu ini didatangkan dalam dua warna – Mystic Black (hitam) dan Mystic Bronze (gangsa).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy Z Fold2, boleh lawati: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold2/. –Bernama

Continue Reading

Previous: Covid-19 lonjakkan industri e-Sukan, permainan Asia Tenggara
Next: PGC bakal tingkat ekonomi Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.