Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Samoa isytihar wabak denggi
  • GLOBAL

Samoa isytihar wabak denggi

Utusan Sarawak 1 month ago
GAMBAR hiasan.

SUVA: Kementerian Kesihatan Samoa mengisytiharkan wabak demam denggi dengan satu kematian dilaporkan dan 15 kes yang disahkan sejak Januari, lapor Xinhua.

Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa terdapat peningkatan ketara dalam jumlah kes yang disyaki dan disahkan, terutamanya di Upolu, pulau kedua terbesar di Samoa, sejak dua minggu lalu.

Kebanyakan kes dilaporkan di hospital utama negara itu, apabila pesakit pada mulanya menunjukkan gejala seperti selesema lain sebelum diuji positif denggi, menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa kebanyakan pesakit telah pulih dengan baik tanpa memerlukan kemasukan ke hospital.

Kawasan yang paling terjejas ialah kawasan yang terletak di barat laut Upolu, dengan kes dilaporkan membabitkan semua kumpulan umur.

Demam denggi ialah penyakit virus yang disebabkan oleh empat jenis virus denggi yang berbeza, yang boleh menyebabkan jangkitan teruk, termasuk demam denggi berdarah, iaitu keadaan yang boleh mengancam nyawa dan menyebabkan pendarahan dalaman serta kegagalan organ.

Penyakit ini merebak dari seorang individu ke individu lain melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: California saman pentadbiran Trump berhubung ‘tarik tidak sah’
Next: Gempa bumi 3.6 skala Richter landa utara Laos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.