Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari minta pandangan rakyat berkaitan warna ‘belon’ Sarawak
  • SEMASA

Abang Johari minta pandangan rakyat berkaitan warna ‘belon’ Sarawak

Utusan Sarawak 3 months ago

SERIAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memohon untuk mengadakan satu pertandingan bagi mereka bentuk konsep, dan warna pesawat AirBorneo.

Menurut Abang Johari, ini susulan sambutan memberangsangkan oleh rakyat negeri ini yang tampil dengan pelbagai idea, reka bentuk serta warna pesawat AirBorneo.

Ini termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang dikongsikan di platform media sosial.

“Yalah dalam media sosial, adanya warna merah, adanya hitam, adanya warna bercampur. kacak juak (cantik juga) dalam media sosial ya.

“Saya minta satu pertandingan untuk mendapatkan warna yang sesuai supaya rakyat dapat beri pandangan warna ‘belon’ kita kelak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis pelancaran SKAS Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Serian, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari terus menekankan AirBorneo akan memberi perkhidmatan tambang murah terutamanya kepada para pelajar yang menuntut di luar Sarawak.

“Sebab ekonomi kita kuat, kita hendakkan perhubungan dengan harga tiket yang berpatutan, barulah kita dapat terbang.

“Semasa Lan Berambeh, anak Sarawak yang belajar jauh minta tolong mengenai harga tiket yang mahal, dan ada penerbangan telah penuh ditempah.

“Terpaksa saya cari jalan untuk membantu di samping membawa pelawat datang melihat Serian sebagai New Zealand, maka mahu tidak mahu terpaksa kita mesti ada kapal terbang sendiri,” jelasnya.

Model perniagaan, ujarnya lagi, akan diumumkan kelak bagi memastikan pesaing-pesaing dalam industri sama tidak mengetahuinya terlebih dahulu.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada arahan penamatan kontrak secara besar-besaran pegawai tidak miliki SPM – JPA
Next: Sarawak minta Kerajaan Pusat benarkan teroka kawasan baharu gas – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.