Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Mantar Gawai Dayak Lubok Antu kukuh perpaduan, pelihara warisan budaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Sambutan Mantar Gawai Dayak Lubok Antu kukuh perpaduan, pelihara warisan budaya

Utusan Sarawak 2 hours ago
SIMBOLIK perasmian sambutan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Daerah Lubok Antu 2026. Foto: Roy Angau Gingkoi

LUBOK ANTU: Sambutan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Daerah Lubok Antu 2026 berlangsung meriah apabila menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan dalam usaha memperkukuh perpaduan serta memartabatkan warisan budaya Dayak di daerah itu, semalam.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan Lubok Antu itu dihadiri Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi bersama pemimpin masyarakat, wakil agensi kerajaan serta penduduk setempat yang turut memeriahkan sambutan Pra-Gawai Dayak tahun ini.

Menurut Roy, sambutan Mantar Gawai bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Beliau turut menekankan kepentingan memelihara adat resam, budaya dan warisan masyarakat Dayak agar terus dihargai serta diwariskan kepada generasi muda sebagai identiti unik masyarakat negeri ini.

Katanya, generasi muda perlu memainkan peranan penting dalam memastikan budaya tradisional terus dipelihara supaya tidak hilang ditelan arus pemodenan dan perubahan zaman.

ROY Angau Gingkoi semasa menghadiri Sambutan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Daerah Lubok Antu 2026 di Kompleks Sukan Lubok Antu. Foto: Roy Angau Gingkoi

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh yang turut memuji usaha Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pra Gawai Dayak Daerah Lubok Antu 2026 dalam menganjurkan program berteraskan perpaduan dan kebudayaan.

Turut mencuri tumpuan ialah pertandingan Pekit Kumang Gawai Dayak Daerah Lubok Antu 2026 yang mengetengahkan keunikan pakaian tradisional, adat serta seni budaya masyarakat Dayak menerusi penyertaan peserta dari sekitar daerah berkenaan.

Roy turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang pertandingan serta menghargai komitmen semua peserta yang telah menampilkan keyakinan dan rasa bangga terhadap warisan budaya masyarakat Dayak.

Beliau dalam masa sama mengucapkan penghargaan kepada pihak penganjur, ketua masyarakat, agensi kerajaan dan seluruh komuniti yang bersama-sama menjayakan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Daerah Lubok Antu 2026 sehingga berlangsung dengan lancar dan penuh meriah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jelajah Aspirasi Bebas Dadah suntik kesedaran masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.