Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka: Panggilan buat penulis hasilkan karya
  • TEMPATAN

Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka: Panggilan buat penulis hasilkan karya

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Bersempena dengan sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia pada tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak mengalu-alukan penyertaan untuk sayembara dan anugerah.

Sayembara dan anugerah ialah Sayembara Penulisan Cerpen Kearifan Tempatan Sarawak (tarikh tutup pada 12 Mei 2023), Sayembara Penulisan Sajak (tarikh tutup pada 5 Mei 2023), Hadiah Sastera Penulis Sarawak (HSPS) 2022/2023 (tarikh tutup pada 31 Mac 2023), Hadiah Sastera Tunas Sarawak (HSTS) 2022/2023 (tarikh tutup pada 31 Mac 2023) dan Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2023 (tarikh tutup pada 31 Mei 2023).

Sayembara penulisan cerpen dan sajak terbuka kepada semua penulis berasal dan bermastautin di Sarawak yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah pula terbuka kepada semua sekolah menengah dari seluruh negeri Sarawak.

Sementara itu, HSPS dan HSTS terbuka kepada semua penulis Sarawak yang telah menerbitkan karya dalam bentuk eceran atau pun buku pada 2022.

Continue Reading

Previous: MCMC, SDEC ambil langkah interim atasi capaian internet di Kampung Semawa
Next: PESAYA: 163 peserta kontinjen Yayasan Sarawak bakal berentap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.