Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Samarahan Bridge Half Marathon 2025 tarik lebih 800 peserta
  • SUKAN

Samarahan Bridge Half Marathon 2025 tarik lebih 800 peserta

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SUASANA dan peserta Samarahan Bridge Half Marathon 2025.

KOTA SAMARAHAN: Edisi pertama Samarahan Bridge Half Marathon 2025 berjaya menarik lebih 842 peserta dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkenalkan mercu tanda permulaan pembangunan daerah tersebut iaitu Jambatan Kota Samarahan.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, program itu bukan sahaja menjadi platform kepada belia untuk mengisi minat terhadap sukan larian, malah turut memperkenalkan Kota Samarahan kepada peserta luar.

DATUK Rubiah Wang bercakap ketika ditemui media selepas melepaskan peserta larian Samarahan Bridge Half Marathon 2025.

“Alhamdulillah walaupun program ini sudah lama tidak diadakan, kita menerima sambutan yang amat baik, bukan sahaja daripada pelari di Kota Samarahan tetapi juga dari luar negara.

“Ini merupakan salah satu ruang untuk belia mengisi minat mereka selain meningkatkan kecergasan.

“Program ini juga sangat penting untuk menyeimbangkan aktiviti komuniti masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui media semasa melepaskan peserta larian Samarahan Bridge Half Marathon 2025, pagi tadi.

Tambah beliau, acara larian 21 kilometer yang melintasi jambatan ikonik Kota Samarahan itu pertama kali dianjurkan sekaligus membantu mempromosikan Samarahan sebagai sebuah destinasi acara sihat.

“Selain menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih meluas disemua peringkat, ia berupaya membentuk masyarakat berbudaya sukan, berdisplin dan bersatu padu.

“Pada masa yang sama dapar memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya melakukan aktiviti kecergasan demi meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik.

“Kita berharap penganjuran seperti ini dapat diteruskan dengan lebih banyak daya tarikan baharu selepas ini,” ujarnya.

Program tersebut melibatkan tiga kategori larian iaitu 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer dengan penyertaan keseluruhan lebih 842 peserta.
Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kukuhkan hubungan antara sektor korporat, perbankan, media, masyarakat
Next: Amorim tak pernah menyesal sertai United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.