Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah beralih angin?
  • SUKAN

Salah beralih angin?

Utusan Sarawak 5 years ago
MOHAMED SALAH

JURGEN Klopp mengakui dia ‘tiada idea’ jika Mohamed Salah akan berada di Liverpool musim depan, sebulan sebelum pemain Mesir itu juga mengakui perkara sama.

Salah ditanya mengenai masa depannya selepas gelaran Liga Perdana English (EPL) sulung kelab itu yang diraikan pemain selepas menewaskan Chelsea di Anfield pada Rabu.

Pemain Mesir itu yang bersama kelab itu sejak 2017, meledak 94 gol dalam 151 penampilan kali ini, memberitahu LA FM Colombia: “Saya hanya mahu meraikannya hari ini, gembira melaluinya!

“Tiada siapa tahu mengenai masa depan dan apa yang akan terjadi. Mari lihat apa akan berlaku. Tapi ketika ini, kami menang Liga Juara-Juara, kami menang Liga Perdana, saya gembira.

“Mari kita lihat apa yang akan berlaku pada masa depan, tapi saya gembira menang dan memiliki trofi itu,” katanya.

Lebih menarik pengurus Liverpool, Klopp ditanya mengenai masa depan Salah di kelab itu pada Februari 2020.

Pengendali dari Jerman itu memberikan jawapan sama dengan berkata, dia gembira jika penyerang itu terus kekal tetapi dia tidak pasti mengenainya.

“Saya mahu dia kekal (di Liverpool) adakah anda dengar sesuatu berbeza? Bagaimana anda melihat keinginan untuk terus kekal di Liverpool?

“Secara jujur bagi saya dia sudah benar-benar serasi.” –AFP

Continue Reading

Previous: Juventus jangan dibuai mimpi
Next: Paratore juara British Masters

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.