MOSCOW: Saham Trump Media & Technology Group Corp turun 14.4 peratus dalam dagangan prapasaran pada Rabu, menurut data dagangan saham, lapor Agensi Berita Sputnik.
Saham media, yang didagangkan di Bursa Saham New York di bawah simbol DJT yang mengambil nama Donald J Trump, jatuh mendadak selepas calon presiden Republikan itu berdebat dengan pesaing Demokrat, Kamala Harris di ABC News pada malam Selasa.
Ia ditutup 3.27 peratus lebih tinggi pada Selasa.
Trump Media & Technology Group Corp adalah syarikat induk platform media sosial Truth Social, yang dimiliki bekas presiden AS.
Trump mempunyai lebih 50 peratus kepentingan dalam kumpulan itu, yang mempunyai nilai pasaran AS$3.7 bilion.
Pada 10 September, Trump dan Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.
Tinjauan CNN terhadap pemerhati debat mendapati 63 peratus pengundi berdaftar berpendapat Harris mengatasi Trump. Pilihan raya presiden AS akan diadakan pada 5 November. – BERNAMA-SPUTNIK