Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sadio Mané tamatkan karier bersama skuad kebangsaan Senegal
  • SUKAN

Sadio Mané tamatkan karier bersama skuad kebangsaan Senegal

Utusan Sarawak 4 hours ago
SADIO Mané umum persaraan daripada skuad kebangsaan Senegal. Foto AFP

HAMBURG, Jerman: Bekas pemenang Piala Negara-Negara Afrika, Sadio Mané, mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan Senegal susulan  pasukan itu tersingkir dalam pusingan 32 di Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mané, 34, mengumumkan keputusan itu selepas mencatatkan 130 penampilan dan meledak 54 gol, menerusi satu surat yang dipetik akhbar harian tempatan Le Quotidien pada Jumaat.

“Saya telah mengorbankan segala-galanya demi bendera ini. Saya memberikan yang terbaik daripada diri saya dan sentiasa berjuang bermati-matian demi tanah air kita,” kata penyerang itu.

Beliau turut dizahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong dengan menyatakan: “Sokongan berterusan anda telah menjadi pendorong utama di sebalik kejayaan saya.”

Senegal tersingkir daripada saingan Piala Dunia selepas tewas 2-3 kepada Belgium menerusi masa tambahan, minggu lepas.

Mané pernah merangkul trofi Piala Negara-Negara Afrika bersama Senegal pada 2022, selain mengecap pelbagai kejuaraan di peringkat kelab termasuk trofi Liga Juara-Juara pada 2019 sewaktu bersama Liverpool, sebelum beraksi selama satu musim (2022-23) di Bayern Munich.

Beliau kini bermain dalam Liga Pro Saudi bersama kelab Al Nassr menerusi kontrak sehingga 2027.

 Dalam surat berkenaan, Mané turut menyatakan perancangan untuk terus berbakti kepada sukan bola sepak di Senegal, sama ada “menyertai barisan kejurulatihan, mengemudi pasukan sebagai jurulatih, mahupun berkhidmat dalam badan induk bola sepak.” – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Ronaldo masih ada masa depan bersama Portugal jika dia mahu, kata jurulatih baharu Jesus
Next: Merino akui gol kemenangan Piala Dunia umpama mimpi menjadi kenyataan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.