Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SABERKAS Murum aktif bimbing belia
  • TEMPATAN

SABERKAS Murum aktif bimbing belia

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Kennedy merakam gambar bersama ahli Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 (TGM) SABERKAS Cawangan Murum.

BELAGA: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Murum digesa untuk terus aktif dalam membimbing belia di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon berkata, Saberkas diharapkan menjadi platform untuk belia menimba pengalaman mereka.

“Saya berharap Saberkas Cawangan Murum bagi Sesi 2020-2023 akan terus aktif dalam membimbing serta menjadi platform untuk para belia/beliawanis di N.66 Murum untuk mengasah wibawa serta keperibadian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 (TGM) Saberkas Cawangan Murum yang telah diadakan di Dewan Lamin Adet Bangen Kimet, Uma Baha, Apau Koyan.

Menurutnya, peranan Saberkas juga penting bukan sahaja membentuk keperibadian belia dan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan pembangunan ekonomi mereka.

“Kita berterima kasih kepada semua yang terlibat khasnya kepada Saberkas Cawangan Murum dan juga Saberkas Negeri yang turut datang memantau mesyuarat kita,” katanya.

Justeru, beliau berharap penyertaan dan penglibatan belia secara aktif adalah sebagai persiapan menjadi pemimpin masa depan bagi masyarakat, negeri dan juga negara.

“Dengan penglibatan aktif ini, belia akan dapat menimba pengalaman yang berharga untuk masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kepada penjawat yang diberikan kepercayaan dalam menjawat jawatan tersebut dapat memberikan sepenuhnya komitmen dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah.

Continue Reading

Previous: Ibadah korban perlu patuhi SOP
Next: Covid-19: Tiada kes positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.