Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas Bukit Sari sudah rancang program 2025
  • WILAYAH

Saberkas Bukit Sari sudah rancang program 2025

Utusan Sarawak 5 months ago

RANCANG JADUAL...sebahagian ahli jawatankuasa yang hadir(dari kiri) Awangku Syahlizan, Zikri, Ismawe dan Kr Awangku Mohd Ariifin yang disusuli Kr Abu Bahrin, wakil Saberkas Cawangan Bakelalan Kr Bidin Untong wakil, Reduan Ali dan lainnya.  

LAWAS: Saberkas Cawangan Bukit Sari telah merangka pelbagai program dan aktiviti untuk dilaksanakan tahun depan.

Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Sari, Kr Abu Bahrin Reduan antaranya memastikan agar program Bubur Lambuk Ramadan dan Karnival Belia Lawas Aktif(BLX) terus menjadi agenda utama badan induk Saberkas Cawangan Bukit Sari. 

Program lain adalah masing-masing dari enam unit Saberkas yang bernaung dibawah Saberkas Cawangan Bukit Sari. 

Unit-unit telibat ialah Unit Bandar  Lawas, Unit Punang, Unit Merapok, Unit Kuala Lawas, Unit Sundar dan Unit Trusan. 

“Bagi mengakhiri program tahun ini Saberkas Cawangan Bukit Sari akan mengadakan kerjasama dengan MAKSAK Bahagian Limbang dalam penyampaian sumbangan Krismas untuk pesakit di wad hospital Lawas dibawah Dana Prihatin. 

“Selain itu kita ada kunjungan Krismas bersama Saberkas Cawangan Ba’kelalan ke kediaman Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong semasa perayaan krismas kelak, “katanya pada perbincangan takwim Saberkas Cawangan Bukit Sari di sini hari ini. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Lima organisasi terima peruntukan MRP
Next: 184 petani Bawang Assan terima bantuan baja, racun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.