Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT esok
  • SUKAN

Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT esok

Utusan Sarawak 10 months ago
MENURUT Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee, Saddil Ramdani dan Darren Lok masih mengalami kecederaan, namun beberapa pemain lain bersedia mengambil alih posisi mereka.

KOTA KINABALU: Sabah FC kehilangan khidmat dua tonggak utama menjelang aksi pertemuan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas, esok.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain berkenaan iaitu Saddil Ramdani dan Darren Lok masih mengalami kecederaan dan sudah pasti akan memberi satu cabaran besar, namun beberapa pemain lain bersedia mengambil alih posisi mereka.

“Perlawanan ini sangat berbeza, sudah tentu melibatkan kedudukan liga … kita tahu perlawanan Sabtu ini (esok) sangat penting dan lebih-lebih lagi bermain dengan pasukan JDT.

“Bukan satu perkara yang mudah, tetapi kita harus memberikan saingan hebat serta memastikan Sabah FC dapat beraksi dengan lebih baik terutama selepas tewas dua perlawanan dengan Terengganu FC baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemain harus melupakan kekalahan itu dengan menumpukan pada perlawanan esok agar dapat mengembalikan prestasi sebenar mereka.

“Saya tahu ramai pihak yang kecewa, namun kita harus teruskan … perkara ini penting untuk mendapatkan sokongan berterusan terutama daripada para penyokong yang sememangnya akan memberi impak yang sangat berlainan,” katanya.

Kim Swee berkata, dengan adanya kehadiran penyokong yang ramai di Stadium Likas, sudah pasti semangat pemain akan meningkat sekali gus memberikan motivasi yang cukup positif pada perlawanan esok. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tanpa pemain bintang, Sepanyol harungi pentas Euro dengan cemerlang
Next: SUKMA 2024: Sarawak sedia ‘pinjamkan’ atlet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.