Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SABA bakal anjur Kejohanan Tinju Terbuka 19-26 Ogos depan
  • SUKAN

SABA bakal anjur Kejohanan Tinju Terbuka 19-26 Ogos depan

Utusan Sarawak 2 years ago
Dato Rahman (dua, kiri) menyerahkan cenderahati kepada Dayang Noorazah Awang Sohor sambil disaksikan Dato Sri Abdul Karim (dua, kanan) dan Datuk Francis Harden Hollis (kanan) pada Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2022.

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) akan meneruskan penganjuran Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023 bagi edisi kedua pada tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Presiden SABA Dato Rahman Lariwoo dengan cadangan tarikh kejohanan pada 19 hingga 26 Ogos depan di Sri Aman.

“Kita telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menganjurkan Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023 Edisi Ke-2.

“Sri Aman sekali lagi kita pilih sebagai venue kejohanan selepas kejayaan edisi pertama pada Ogos 2022 di mana ia mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Tambahan lagi, gelanggang sama iaitu Stadium Tertutup Simanggang Sri Aman juga akan menjadi venue acara tinju pada SUKMA 2024.

“Justeru, ia menjadi medan persiapan terbaik sebelum kita menjadi tuan rumah kelak pada tahun hadapan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Atlet-atlet elit dan SUKMA dari seluruh negeri termasuk penampilan petinju dari Batam, Kalimantan, Singapuran, Jepun dan Thailand bakal menghangatkan edisi kali ini yang berlangsung selama 10 hari, jelas Dato Rahman.

Tumpuan utama pada malam kemuncak pastinya pertembungan Pro membabitkan pemenang pingat emas SUKMA 2022, Daeloniel McDelon Bong atau ‘Kilat Boy’ yang merupakan anak jati Sri Aman yang akan turun menentang petinju dari Thailand, Sonran Sopakul.

Tidak kurang menariknya perlawanan di antara petinju dari Indonesia dan Jepun serta beberapa nama besar dalam arena tinju di rantau ini yang turut berentap dalam aksi Pro.

“Kejohanan ini akan menjadi pentas pemilihan atlet-atlet SUKMA kita selain medan pengukur kemampuan mereka berentap dalam kejohanan kompetitif.

“Ini peluang terbaik kepada para atlet dan saya harap mereka menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan memberikan persembahan terbaik agar dipilih dalam pasukan tinju Sarawak,” kata Dato Rahman lagi.

Justeru, beliau berharap warga Sri Aman akan turun beramai-ramai memberikan sokongan tidak berbelah bagi pada kejohanan ini nanti seperti pada edisi sebelumnya.

Beliau juga amat berterima kasih kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) kerana sentiasa menyokong program pembangunan tinju yang dilaksanakan oleh SABA sejak dari dulu hingga sekarang.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis

Continue Reading

Previous: 16 pasukan berentap dalam Kejohanan Touch Kuching 
Next: Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.