Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RUU pekerja GIG dibentang pada sidang Parlimen akan datang
  • SEMASA

RUU pekerja GIG dibentang pada sidang Parlimen akan datang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amant khas pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala isu dan kebajikan berkaitan pekerja gig akan ditangani segera menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Beliau berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat akan datang.

“Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya melibatkan aspek perlindungan kumpulan pekerja berkenaan,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan Menteri Kabinet, ketua setiausaha kementerian serta ketua-ketua agensi.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Terdahulu dalam ucapannya, Sim menyeru semua pihak untuk memberi sokongan kepada kerajaan dalam meluluskan RUU itu.

“Saya ingin menyeru kepada semua pihak, jangan menghalang kerajaan membela nasib pekerja gig. Berilah sokongan kepada kerajaan untuk membentangkan RUU Pekerja Gig demi membela nasib pekerja gig kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Kementerian Sumber Manusian (KESUMA) akan menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja bagi memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan berkaitan isu perburuhan dengan meletakkan urusan beberapa jabatan serta agensi kementerian di bawah satu bumbung.

Sim berkata projek perintis itu akan melibatkan tiga pusat sehenti di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru.

Bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa”, sambutan tahun ini dihadiri lebih 10,000 warga kerja pelbagai sektor daripada agensi awam dan swasta .
-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan perluas barangan boleh dibeli menerusi bantuan SARA
Next: RH Half Marathon tarik lebih 3,000 peserta tempatan, antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.