Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rusuhan di Machan: Mahkamah Majistret tetapkan perbicaraan lapan lelaki terlibat 1,2 Februari tahun depan  
  • JENAYAH

Rusuhan di Machan: Mahkamah Majistret tetapkan perbicaraan lapan lelaki terlibat 1,2 Februari tahun depan  

Utusan Sarawak 1 year ago
DIIRING KELUAR… Tertuduh kes rusuhan di Machan, Kanowit diiring keluar dari kamar Mahkamah Majistret selepas prosiding, hari ini.

SIBU: Mahkamah Majistret hari ini, menetapkan 1 dan 2 Febuari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes lapan lelaki yang merusuh di hadapan sebuah restoran di Machan, Kanowit pada 7 Ogos lepas.

Majistret Oon Kork Chern yang mendengar kes serta pengakuan tidak bersalah kesemua tertuduh, juga menetapkan pada 3 Januari tahun depan sebagai tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan penuh kes terbabit.

Lapan tertuduh terbabit ialah, Johnny Lau, 33, Tie Sing Tai, 45, Kevin Lau Pick King, 35, Alvin Tang Chan Siew, 33, Dave Wong Yang Dao, 20, Jonwin Umpi, 57, Willis Inggol Jonwin, 21, dan Brandon Lee Kah Xin, 25, didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seksyen 148 ini memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengambil bahagian dalam rusuhan pada 7 Ogos 2023, kira-kira 4.30 petang di hadapan sebuah restoran di Machan, Kanowit.

Johnny Lau, Tie, Kevin Lau, Alvin Tang, Dave Wong, Jonwin dan Brandon Lee diperintah bebas dengan ikat jamin lanjut RM4,500 dengan seorang penjamin sementara Willis dengan ikat jamin RM5,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah sama turut menetapkan tarikh 24 hingga 26 Januari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang lagi tertuduh yang mendatangkan kecederaan dalam rusuhan itu.

Tertuduh, Stanley Methew, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Darwin Lau pada 7 Ogos 2023, kira-kira jam 4.30 petang di hadapan sebuah restoran di Machan, Kanowit.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes rusuhan ini turut mencetuskan kekecohan di perkarangan Pejabat Daerah Kanowit semasa pengurusan kes di Mahkamah Majistret Kanowit pada 12 September lepas. 

Dalam kejadian tersebut, dua lelaki cedera manakala kenderaan mereka turut mengalami kerosakan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Mahkamah tolak permohonan Bersatu minta empat kerusi Parlimen Sabah dikosongkan
Next: Dadah: Lebih 4,000 individu ditahan dalam Op Tapis Khas – Bukit Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.