Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusia rekodkan lebih 10,600 kes jangkitan
  • GLOBAL

Rusia rekodkan lebih 10,600 kes jangkitan

Utusan Sarawak 5 years ago
Seorang kakitangan perubatan mengambil sampel daripada seorang individu di kemudahan ujian pandu masuk Covid-19 di Moscow. – FOTO: AFP

MOSCOW :Rusia semalam merekodkan lebih 10,600 kes jangkitan baharu koronavirus (Covid-19) yang menyaksikan peningkatan angka harian dalam tempoh 24 jam.

Pihak berkuasa memaklumkan jumlah keseluruhan kes dicatatkan di negara itu
kini mencecah 134,687 kes sekali gus menjadi negara Eropah paling banyak merekodkan jumlah kes jangkitan baharu ketika ini.

Bagaimanapun, kadar kematian negara itu masih rendah berbanding Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS).

Sebanyak 58 korban baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 1,280 orang.

Walaupun terdapat peningkatan jumlah kes, pemerintah memaklumkan ia akan melonggarkan sekatan secara berperingkat bermula 12 Mei ini, namun langkah tersebut bergantung kepada situasi di wilayah terlibat. – AFP

Continue Reading

Previous: Rusuhan kembali ‘hantui’ Hong Kong
Next: Trump gelar penunjuk perasaan orang baik-baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.