Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Runtuhan salji di Himalaya ragut empat nyawa
  • GLOBAL

Runtuhan salji di Himalaya ragut empat nyawa

Utusan Sarawak 3 months ago
OPERASI MENYELAMAT… Dalam gambar edaran yang diambil pada 1 Mac 2025 dan dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan dan Perhubungan Awam (DIPR) Uttarakhand, anggota keselamatan membawa mangsa ke atas helikopter semasa operasi menyelamat, sehari selepas runtuhan salji melanda kem pembinaan Pertubuhan Jalan Sempadan (BRO). Foto AFP

NEW DELHI: Empat pekerja maut manakala operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan untuk mencari lima lagi selepas kejadian runtuhan salji yang berlaku negeri Uttarakhand, Himalaya, di utara India, lapor Anadolu Ajansi pada Sabtu.

Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat berskala besar di daerah Chamoli selepas runtuhan salji menimbus lebih 50 pekerja daripada Organisasi Jalan Sempadan pada Jumaat.

Foto AFP
Foto AFP

Pegawai pertahanan India yang turut terlibat dalam operasi mengesahkan, walaupun 50 pekerja diselamatkan, empat orang meninggal dunia akibat kecederaan. Operasi menyelamat masih digerakkan untuk mengesan lima orang yang tertimbus.

Jurucakap pertahanan Lt. Kol. Manish Srivastava berkata helikopter digunakan secara berterusan untuk mengangkut peralatan penting, sumber dan memindahkan yang cedera.

Beberapa negeri di utara India mengalami hujan lebat dan salji turun dalam beberapa hari kebelakangan ini, mengakibatkan tanah runtuh di beberapa kawasan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sebab Indonesia puasa awal
Next: Seorang maut, tiga cedera banjir kilat di Ecuador

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.