Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah terbuka wadah pupuk semangat perpaduan
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah terbuka wadah pupuk semangat perpaduan

Utusan Sarawak 3 months ago
MERIAH…Sekitar majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Pusat Khidmat Parlimen Lanang dimeriahkan dengan pelbagai persembahan.

SIBU: Penganjuran rumah terbuka sempena musim perayaan terus menjadi wadah dalam memupuk semangat perpaduan tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau berkata, masyarakat di Sarawak sememangnya mengamalkan budaya meraikan perayaan bersama-sama, sekali gus mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian kaum di negeri itu.

“Sebagai contoh, ketika Hari Raya, kita turut meraikannya bersama. Begitu juga dengan Krismas dan Gawai, kita akan mengunjungi rumah panjang untuk berkumpul dan menikmati suasana perayaan.

“Hari ini, sempena Tahun Baharu Cina, kita menerima kehadiran kaum Iban dan Melayu yang datang bersama-sama meraikan perayaan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Pusat Khidmat Parlimen Lanang di Jalan Lanang di sini, hari ini.

Majlis rumah terbuka itu menarik kehadiran kira-kira 1,500 pengunjung, meskipun hujan renyai tidak menghalang orang ramai daripada pelbagai kaum dan latar belakang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan.

Lau berkata, bagi memastikan semua tetamu dapat menikmati juadah yang disediakan, makanan yang dihidangkan pada majlis itu adalah halal sebagai tanda keharmonian dalam kepelbagaian budaya di negeri ini.

“Sebanyak 1,500 pek makanan dan 1,500 angpau diagihkan kepada pengunjung yang hadir pada majlis berkenaan,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi pemindahan penduduk rumah panjang kawasan Batang Oya dilaksanakan
Next: Allan, isteri lawat kawasan terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.