Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Terbuka Aidilfitri CMS pupuk perpaduan kaum, keharmonian masyarakat
  • TEMPATAN

Rumah Terbuka Aidilfitri CMS pupuk perpaduan kaum, keharmonian masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
MERIAH… Dato’ Maznah Abdul Jalil dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama semasa Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran CMS, hari ini.

KUCHING: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) hari ini bukan sekadar satu sambutan perayaan, malah menjadi simbol komitmen syarikat itu dalam memupuk perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat di Sarawak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Kumpulan yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Dato’ Maznah Abdul Jalil, majlis itu mencerminkan tradisi rakyat Malaysia yang meraikan Aidilfitri bersama tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, Cahya Mata sedang memainkan peranan kami dalam memupuk kesejahteraan sosial dan perpaduan, serta memberi kembali kepada masyarakat dalam pelbagai cara, bukan hanya semasa Ramadan, Hari Raya dan perayaan lain, tetapi sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata, syarikat turut menjalankan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti program derma darah, penanaman pokok dan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di pusat komuniti dan rumah ibadat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata sambutan Aidilfitri adalah waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan kekeluargaan dan persahabatan, selain menzahirkan rasa syukur dan kemaafan.

“Aidilfitri adalah masa untuk merenung makna keimanan dan kesyukuran dalam semangat kemaafan, selain merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. 

“Sebagai antara syarikat tempatan yang paling dikenali di Sarawak, kejayaan Cahya Mata dibina atas asas kerjasama, sokongan dan kepercayaan daripada pelbagai pihak. Rumah terbuka ini menjadi wadah untuk kami memperkukuh lagi hubungan ini,” tambah beliau.

Rumah terbuka yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini itu menyaksikan kehadiran ribuan tetamu, termasuk kakitangan CMS, rakan niaga, pembekal, serta ahli keluarga mereka yang hadir dalam suasana penuh kemeriahan dan mesra.

Turut hadir menyambut tetamu ialah Pengerusi CMS, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Zainuddin (Bersara), Pengarah Urusan Kumpulan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, serta barisan pengurusan kanan syarikat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran kanak-kanak dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (Peryatim) dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching (RKKTPHNK) yang sebelum ini turut diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran syarikat.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: CMS sasar perkukuh kedudukan, cadang bangun Clinker Line Dua
Next: Industri buluh bakal jadi pemacu utama ekonomi di Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.