Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah sewa musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Rumah sewa musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 10 hours ago
MUSNAH… Keadaan rumah disewa sebuah musnah keseluruhan dalam kebakaran di Jalan Padang Kerbau di Miri, petang tadi.

MIRI: Sebuah rumah yang disewa oleh sebuah keluarga musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Padang Kerbau di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu sekitar 1.44 petang.

PIHAK bomba selesai memadam kebakaran.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat struktur separa kekal telah terbakar keseluruhan.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa kerana rumah tersebut tiada berpenghuni ketika bomba tiba.

“Dilaporkan rumah tersebut disewa oleh sebuah keluarga yang terdiri dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

“Kesemua penghuni dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua rumah berkembar musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.