Rumah Panjang Paulus Yan 16 pintu musnah terbakar

Facebook
WhatsApp

KANOWIT: Rumah panjang (Rh) Paulus Yan sepanjang 16 pintu di Sungai Bawan, Jalan Nibong Tada, di sini, dilaporkan musnah dalam kebakaran, sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian ini pada 12.14 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang 16 pintu jenis tidak kekal telah terbakar.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bersama balai bantuan BBP Sungai Merah dalam perjalanan ke lokasi menggunakan bot penyelamat,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Oleh Akun Giman

Kuarters sekolah lama musnah 100 peratus dalam kebakaran

BEKENU: Sebuah kuarters Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Miri jenis tidak kekal satu tingkat yang sudah lama dan tidak berpenghuni musnah 100 peratus dalam kebakaran di sini hari ini. Bangunan berukuran kira-kira 30 x 20 kaki persegi itu terbakar sepenuhnya ketika pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah tiba di lokasi. Menurut kenyataan BBP Batu Niah, panggilan kejadian itu telah diterima pada 9.31 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 63 kilometer.  “Tiba di lokasi pada 10.30 pagi dan beberapa pekerja yang berada di lokasi turut berusaha memadam kebakaran menggunakan sumber air daripada paip berhampiran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba. “Hasil pemeriksaan awal mendapati kuarters berkenaan merupakan bangunan lama dan usang serta tidak mempunyai sambungan bekalan elektrik selain tidak berpenghuni. “Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Batu Niah menjalankan penilaian awal sebelum melaksanakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air daripada pili bomba berhampiran,” kata kenyataan itu.  Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya sebelum operasi diteruskan dengan kerja-kerja pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahagian yang berpotensi menyebabkan kebakaran semula. “Pasukan turut memasang sawar keselamatan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan dan keadaan disahkan selamat,” katanya lagi.  Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Turut berada di lokasi ialah dua anggota dari Balai Polis Bekenu bagi membantu kawalan dan keselamatan di tempat kejadian.