Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Rumah panjang di Bintulu terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal
  • KEMALANGAN

Rumah panjang di Bintulu terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal

Utusan Sarawak 2 years ago

BINTULU: Kira-kira 200 penghuni Rumah Selanjat di Sungai Segan, Ulu Sebauh, di sini hilang tempat tinggal apabila 33 daripada 36 pintu rumah panjang kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kebakaran itu membabitkan satu blok lama rumah panjang berstruktur tidak kekal dengan anggaran 90 peratus musnah.

“Tiga pintu lagi berjaya diselamatkan daripada terbakar. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan anggota pemadam berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke blok baharu rumah panjang tersebut yang hanya berjarak 4 meter dari tempat kebakaran berlaku.

“Anggaran penghuni terjejas adalah seramai 200 orang daripada 33 keluarga. Mereka berjaya keluar dari kawasan kebakaran serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad, ketika dihubungi Bernama, pula berkata kebakaran dipercayai bermula dari unit tengah rumah panjang tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat dan pasukan forensik akan ke lokasi kejadian esok untuk menjalankan siasatan lanjut.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Guru maut dalam kemalangan di Mukah
Next: Kereta terbalik masuk parit, dua mangsa selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.