Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah panjang 21 pintu terbakar
  • KEBAKARAN

Rumah panjang 21 pintu terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago

PADAM... Anggota bomba melaku kerja memadamkan kebakaran rumah panjang 21 pintu di Jalan Rancangan Sepupok, Sabtu, Batu Niah petang tadi.

BATU NIAH : Sebuah rumah panjang 21 pintu di Jalan Rancangan Sepupok, Sabtu, Batu Niah musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada jam 4.25 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah diketuai Ketua Balai PBT II Rary Binjie selaku komander operasi bergegas ke lokasi yang terletak pada jarak 10 kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan rumah panjang Tuai Rumah Chengki sepanjang 21 pintu, terletak di Jalan Rancangan Sepupok, Batu Niah.

“Semasa ketibaan bomba, rumah panjang jenis separuh kekal itu telah terbakar anggaran 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut berhubung kejadian masih belum diperoleh dan sehingga berita ini ditulis, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 7 unit berek di Kem Batalion 10 PGA Sibu musnah terbakar
Next: Tindakan pantas kakitangan hospital selamatkan wad kanak-kanak daripada musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.