Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah panjang 12 pintu musnah terbakar
  • TEMPATAN

Rumah panjang 12 pintu musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
MUSNAH TERBAKAR… Rumah panjang 12 pintu di Long Selaan Ulu Baram musnah terbakar dalam kejadian 11.07 pagi,semalam.

MARUDI: Sebuah rumah panjang 12 pintu dan sebuah balai raya di Kampung Long Selaan Ulu Baram musnah terbakar 100 peratus.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon Miri, Penguasa Kanan Bomba 1, Law Poh Kiong, kejadian itu berlaku pada 11.07 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, penduduk kampung berusaha mengawal api merebak dan membuat “ fire break” untuk menyelamatkan bangunan lain yang berdekatan.

Sebelum ini, penduduk Long Selaan pernah menyertai program keselamatan kebakaran semasa program tersebut diadakan di Ba’a Mubui dan menerima sumbangan alat pemadam api sebagai ‘fire point’ meskipun Bomba Komuniti belum lagi ditubuhkan di kampung itu.

Pasukan Bomba yang terlibat mencari dan menyelamat (SAR ) seorang warga tua yang hilang pada 28 Mei lepas di Long Moh, Baram yang dalam perjalanan balik ke Marudi diarah berpatah balik semula ke Long Selaan untuk membantu memadam kebakaran tersebut.

Menurut maklumat yang disampaikan TK Lucas rumah panjang tersebut dihuni lebih kurang 60 mangsa dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Punca kejadian belum dipastikan dan jarak perjalanan dalam anggaran 10 jam dari Marudi ke Long Selaan.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Lapor peniaga ambil kesempatan
Next: Bukit Sari PBB bantu mangsa rumah rosak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.