PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Astana Negeri , di sini, hari ini.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu diadakan bersempena dengan Pra-Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Dalam pertemuan berkenaan, Abang Johari memaklumkan kepada Tun Wan Junaidi mengenai beberapa perkara berkaitan pentadbiran dan pembangunan Sarawak.
Pertemuan itu turut menjadi ruang bagi kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai perkara yang berkepentingan kepada negeri serta kesejahteraan rakyat Sarawak.
Kunjungan berkenaan merupakan sebahagian daripada urusan rasmi menjelang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.





