Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran awal pagi
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran awal pagi

Utusan Sarawak 4 hours ago
MUSNAH… Keadaan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Palma 4, Taman Permaisuri Indah, Miri musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.

MIRI: Sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Palma 4, Taman Permaisuri Indah di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.00 pagi itu, dua beradik yang menghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.00 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri digerakkan ke lokasi.

MUSNAH…Keadaan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Palma 4, Taman Permaisuri Indah, Miri musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.

“Setibanya di lokasi pada 4.11 pagi, didapati sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal berkeluasan kira-kira 30 x 30 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan dua penghuni rumah yang merupakan adik-beradik berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran hos yang disambungkan kepada sumber air pili bomba berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 4.30 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi tamat pada 5.53 pagi setelah pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran ladang sawit Skim C Kampung Kupang, padam sepenuhnya selepas dua hari operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.