Rumah berkembar satu tingkat musnah dalam kebakaran

Facebook
WhatsApp
AHLI bomba berusaha memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah jenis semi-D satu tingkat di Taman Lee Ling, Matang awal pagi tadi. Foto BOMBA

KUCHING: Sebuah rumah jenis berkembar (semi-d) satu tingkat musnah hampir keseluruhan dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Lee Ling, Matang, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada 4.53 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

KEADAAN rumah jenis semi-D di Taman Lee Ling, Matang yang musnah hampir keseluruhan selepas dilanda kebakaran awal pagi tadi. Foto BOMBA

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur kekal berkeluasan kira-kira 30×60 kaki persegi yang sedang terbakar hampir 100 peratus,” katanya.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran dan tiga nozel dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.