BINTULU: Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) banyak memberi manfaat dalam usaha melonjak kesejahteraan hidup rakyat di daerah ini.
Pengawai Khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Thomas Nyaring telah turun padang bersama agensi pelaksana iaitu Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) penyerahan projek untuk menaiktaraf jalan berbatu kepada jalan berturap bagi Rumah Chendang, Batu 12, Jalan Bintulu-Miri.
Menurutnya, penyerahan siap projek berkenaan dilakukan di antara pihak agensi pelaksana kepada wakil penduduk iaitu Tuai Rumah (TR) Chendang.
Jelas beliau, turut diadakan adalah lawatan untuk meninjau projek berkenaan sebelum penyerahan siap projek tersebut.
Sehubungan itu, TR Chendang katanya, amat berterima kasih kerana projek tersebut amat memberi banyak manfaat kepada penduduk di bawah jagaanya.
Oleh ELLIE EDWARD