Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo, 41, pimpin Portugal ke Piala Dunia keenam
  • SUKAN

Ronaldo, 41, pimpin Portugal ke Piala Dunia keenam

Utusan Sarawak 1 hour ago
CRISTIANO Ronaldo dijangka mencipta rekod penampilan keenam di Piala Dunia bersama Portugal musim panas ini sambil memburu gelaran dunia pertamanya. Foto AFP

LISBON: Penyerang veteran Portugal, Cristiano Ronaldo bakal mengetuai negaranya ke Piala Dunia 2026 musim panas ini selepas jurulatih Roberto Martinez menamakan pemain berusia 41 tahun itu dalam skuad Portugal pada Selasa.

Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United yang kini beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr, dijangka mencipta rekod dengan penampilan keenam di pentas Piala Dunia.

Portugal dan Ronaldo, penjaring terbanyak antarabangsa lelaki sepanjang zaman dengan 143 gol, masih belum pernah menjulang trofi Piala Dunia.

Ronaldo juga berpotensi bertemu semula seteru lamanya dari Barcelona, Lionel Messi, yang turut dijangka beraksi dalam Piala Dunia keenam selepas membantu Argentina muncul juara di Qatar empat tahun lalu.

Penyerang Portugal itu terlepas hukuman penggantungan tiga perlawanan walaupun dilayangkan kad merah ketika menentang Republik Ireland dalam aksi kelayakan terakhir akibat menyiku lawan.

Jurulatih dari Sepanyol, Roberto Martinez, memilih skuad 26 pemain tanpa kejutan besar termasuk rakan sepasukan Ronaldo di Al Nassr, Joao Felix, selain turut menyenaraikan penjaga gol Ricardo Velho sebagai pemain tambahan.

Turut berada dalam skuad mantap Portugal ialah bintang Paris Saint-Germain (PSG) seperti Vitinha, Joao Neves, Nuno Mendes dan Goncalo Ramos, selain Bruno Fernandes dari Manchester United dan beberapa pemain Manchester City termasuk Bernardo Silva.

Martinez berkata beliau tidak perlu mengurus Ronaldo secara istimewa walaupun faktor usia.

“Dalam pengalaman saya, di Piala Dunia, seseorang pemain tidak bergantung kepada prestasi bersama kelab, faktor usia atau perkara seperti itu,” katanya kepada pemberita.

“Fokus kami adalah kepada pasukan. Semua pemain fokus dan bersedia menghadapi cabaran Piala Dunia, dan kami hanya perlu menguruskan mereka dari hari ke hari.”

Ronaldo tahun lalu menyatakan bahawa Piala Dunia kali ini bakal menjadi penampilan terakhirnya.

Beliau sebelum ini kelihatan menangis selepas Al Nassr tewas kepada Gamba Osaka dalam final AFC Champions League Two hujung minggu lalu, namun Martinez percaya musim yang penuh emosi itu tidak akan menjejaskan Ronaldo.

“Saya fikir apabila menyertai kem latihan pasukan kebangsaan, ia memberi tenaga baharu dan membolehkan pemain melupakan apa yang berlaku sepanjang musim,” katanya.

Martinez turut mengesahkan Ricardo Velho adalah penjaga gol keempat dan hanya akan digunakan sekiranya berlaku kecederaan kepada penjaga gol lain.

Beliau juga berkata mendiang penyerang Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan jalan raya pada Julai 2025, tetap bersama skuad dari segi semangat.

“Semangat, kekuatan dan teladan Diogo Jota adalah tambahan kekuatan buat kami,” tambah Martinez.

Menjelang kejohanan, Portugal akan bertemu Chile dan Nigeria dalam aksi persahabatan sebelum memulakan kempen Piala Dunia menentang DR Congo pada 17 Jun.

Portugal turut dijadual menentang Uzbekistan dan Colombia dalam aksi Kumpulan K masing-masing pada 23 dan 27 Jun. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak mahu terus jadi kuasa besar sukan para
Next: Malaysia Masters: Aaron-Wooi Yik atasi cabaran awal untuk mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.