Rompak guna samurai, anak-beranak tumpas kurang 24 jam

Facebook
WhatsApp
Rompakan bersenjata melibatkan anak-beranak iaitu bapa dan anak lelaki di salah sebuah kedai beraneka 24 jam di Jalan Sultan Tengah pada 3 Mac yang lalu kini dalam tahanan polis.

KUCHING: Anak-beranak ditahan kurang 24 jam selepas melakukan samun di salah sebuah kedai beraneka 24 jam di Jalan Sungai Tengah di sini sekitar 11.52 malam pada 3 Mac lalu.

Kedua-dua suspek iaitu bapa, 65, dan anak, 37, ditahan di sebuah rumah berlokasi di Taman Sourabaya Indah dan Bandar Baru Samariang.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata,  hasil geledah rumah suspek, turut dirampas ialah sebilah pedang samurai, pakaian  dan kenderaan yang digunakan semasa rompakan.

Ahsmon berkata, laporan polis diterima berhubung kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Polis Gita diketuai ASP Mohamad Nizam.

Katanya, hasil ujian air kencing, anak lelaki itu didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Mereka dikatakan melarikan wang tunai berjumlah RM150 dan dan pemetik api.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 10 Mac ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Jika didapati bersalah, kedua-dua bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun atau denda.

Oleh Connie Chieng

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam