Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • (Kemaskini) Rombongan 68 penjawat awam ke Berlin, Jerman hadiri pameran kecil, diarah batal
  • NASIONAL

(Kemaskini) Rombongan 68 penjawat awam ke Berlin, Jerman hadiri pameran kecil, diarah batal

Utusan Sarawak 8 months ago

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Darussalam Puchong Kampung Batu 13 1/2 Puchong hari ini. - Foto BERNAMA

PUCHONG: Semua projek, lawatan dan tugasan ke luar negara yang melibatkan kementerian, syarikat serta agensi kerajaan perlu dirujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan masing-masing, serta mendapatkan kelulusan Menteri berkenaan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk mendapatkan kelulusan menteri dilakukan kerana terdapat lembaga di dalam syarikat mahupun agensi kerajaan yang dilihat membuat keputusan memihak kepada kepentingan sendiri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau sendiri telah membatalkan satu permohonan melibatkan kementerian dan agensi kerajaan yang menurutnya telah mendaftar sehingga 68 kakitangan hanya untuk menghadiri satu pameran kecil di Berlin, Jerman.

“Walaupun tiket hotel dan penerbangan telah disediakan, saya batalkan, kerana jumlah yang didaftarkan terlalu ramai. Hanya sebahagian kecil mungkin diperlukan untuk tugasan tersebut. Ini adalah pelanggaran peraturan. Ini dana rakyat dan kita harus tanggungjawab.

“Saya semalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), semua Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan untuk menegaskan pendirian kerajaan dan minta kerjasama mereka dalam hal ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di sini, hari ini. 

Menjelas lanjut Perdana Menteri berkata semua menteri bertanggungjawab terhadap sebarang kelulusan yang diberikan.

“Menteri yang ingin melawat mana-mana negara perlu mengemukakan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri dan biasanya kita akan menilai semula sama ada perlu membawa kakitangan tertentu atau tiada keperluan sama sekali,” katanya.

“Atau lebih baik tangguhkan sahaja lawatan tersebut dan sekalikan dengan lawatan Perdana Menteri, di mana, MoU (Memorandum Persefahaman) boleh turut ditandatangani dalam majlis yang sama. Ini akan jimat belanja,” katanya.

Perdana Menteri berkata, reformasi di dalam kerajaan perlu dilakukan secara berterusan dan sebarang pelanggaran kepada usaha tersebut, tidak boleh dibiarkan berlaku. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jagung rebus cawan kekal RM2 sejak 24 tahun
Next: Fasa peralihan monsun mulai 24 Sept hingga awal November ini 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.