Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Robot, manusia berlumba 21km di Beijing
  • GLOBAL

Robot, manusia berlumba 21km di Beijing

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JURUTERA berlari bersama robot Tiangong Ultra pada acara separuh maraton di Beijing, hari ini.

BEIJING: Suasana luar biasa mewarnai acara separuh maraton di ibu negara China, hari ini, apabila kira-kira 20 robot humanoid menyertai lebih 10,000 manusia berlari dalam perlumbaan sejauh 21 kilometer.

Antara yang mencuri tumpuan ialah robot Tiangong Ultra yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa lebih dua jam 40 minit, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

ANTARA robot humanoid yang berjaya menamatkan larian pada acara separuh maraton di Beijing, hari ini. Foto AFP

Bagaimanapun, ia masih jauh ketinggalan berbanding peserta manusia terpantas yang merakamkan masa larian 1 jam 11 minit 7 saat.

Laluan khas dengan penghadang keselamatan disediakan bagi memisahkan robot daripada peserta manusia, bertujuan memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang perlumbaan itu.

ANTARA robot humanoid pada acara separuh maraton di Beijing, hari ini. Foto AFP

Berbeza dengan manusia yang singgah di stesen sokongan untuk mendapatkan air serta makanan ringan, robot-robot itu berhenti di stesen bantuan teknikal yang menyediakan bateri dan peralatan pembaikan.

Jurutera turut dibenar melakukan pelarasan terhadap robot masing-masing sepanjang perlumbaan itu berlangsung.

ORANG ramai bergambar bersama robot Tiangong Ultra yang berjaya menamatkan perlumbaan pada acara separuh maraton di Beijing, hari ini.

Acara berkenaan dilihat lebih sebagai satu demonstrasi teknologi berbanding persaingan sebenar.

China kini giat memperkukuhkan pembangunan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Ia selari dengan usaha China untuk merangsang ekonomi dan bersaing secara lebih agresif dalam bidang teknologi dengan Amerika Syarikat (AS).- Bernama-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Next: ‘Gun pod’ terjatuh dari pesawat KA-1 ditemui semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.