Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RMC, hospital pertama miliki unit kardiologi
  • Tengah
  • WILAYAH

RMC, hospital pertama miliki unit kardiologi

Utusan Sarawak 4 months ago
PEMENANG… Datuk Dr. Annuar Rapa’ee (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang pada majlis makan malam Ulang Tahun Ke-22 RMC Sibu, semalam.

SIBU: Pusat Perubatan Rejang (RMC) akan menjadi hospital pertama di kawasan tengah Sarawak yang memiliki unit kardiologi, yang kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam beberapa bulan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif RMC, Dr. John Tang, berkata unit kardiologi ini akan membawa perubahan signifikan dalam rawatan penyakit jantung di kawasan tersebut, terutamanya dalam menangani kes serangan jantung akut.

“Unit kardiologi yang amat dinanti-nantikan ini akan membolehkan kami menyelamatkan lebih banyak nyawa pesakit yang menghadapi serangan jantung akut,” kata Dr. Tang pada majlis makan malam Ulang Tahun Ke-22 RMC di sini semalam.

Selain unit kardiologi, katanya, RMC juga sedang membangunkan hospital swasta terbesar dan terbaik di tengah Sarawak, dilengkapi dengan peralatan perubatan moden.

“Projek yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun ini merupakan salah satu usaha besar RMC untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan tersebut.

“Kami telah melabur lebih RM7 juta tahun lalu untuk menaiktaraf kemudahan, termasuk memindahkan tingkat tiga RMC ke pusat komersial sekitar kawasan ini,” tambahnya.

Menurut Dr. Tang, kerja-kerja penaiktarafan itu berjaya menggandakan kapasiti perkhidmatan hemodialisis, menjadikannya salah satu pusat terbesar di Sarawak, dengan sokongan pakar nefrologi sepenuh masa.

Selain itu, RMC juga menambah klinik pakar pesakit luar dan wad pesakit dalam yang baharu.

“Pada tahun lalu, RMC turut memperkenalkan beberapa pakar baru, termasuk seorang pakar bedah ENT, Dr. Chew Siun Chuen, dan dua pakar obstetrik dan ginekologi, Dr. Joyce Ting serta Dr. George Wong.

“Dengan lima pakar obstetrik dalam pasukan, RMC kini menawarkan perkhidmatan obstetrik yang paling komprehensif di sektor swasta Sarawak.

“Kami juga memiliki empat ambulans sebagai komitmen untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh kawasan Lembangan Sungai Rajang, bukan hanya di Sibu,” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee; Pengarah RMC, Dr. Peter Tang; Senator Robert Lau; Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr. Teh Jo Hun; Pengarah Hospital Sibu, Dr. Nanthakumar Thirunavukkarasu; Pengerusi Lembaga Pengurusan RMC, Dr. Lau Ngi Chuang; Pengarah Perubatan, Dr. Tang Sai Hang; dan Pengurus Besar Anne Lau.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan kerja kecemasan atasi masalah banjir
Next: Siri kembara perpustakaan bergerak BDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.